Senangnya belajar jawi dengan buku Ibu Ajarku Jawi. Tapi since silibus 6 tahun kat tadika ada jawi, dan tadika dia juga menggunakan buku ni.
Betul ke mudah belajar jawi ni? Ya, mudah apabila kita menggunakan kaedah dan bahan yang betul. Saya sendiri tiada ilmu khusus mengajar jawi kepada anak. Hanya aplikasikan ilmu mengajar membaca yang saya pelajari dari pelbagai sumber. Asas untuk belajar jawi adalah kenal huruf dan bunyi huruf. Jadi seawal anak bayi saya sudah dedahkan dengan VCD lagu huruf jawi yang sesuai dengan minat anak kecil.
Suami beli VCD ini dari Kedai Buku Darul Salam di Alor Setar. Salah satu video lagu fonik yang saya masih ingat ialah Alif.Asadun.Singa Ba.battun.Itik Ta.Tufahun.Epal Tsa. Sampai habis. Semasa anakanda Fateh sekitar usia 3 tahun dia sudah boleh menghafal lagi ini. Disamping itu saya juga membuat aktiviti mengenal huruf menggunakan kad imbas, knob puzzle dan poster. Saya hanya buat aktiviti santai sambil bermain menggunakan bahan-bahan yang siap dari pasaran.
Ya lah, mak tak berapa rajin ni beli ja la senang kan. Xneat Clipboard Manager Windows here. ^_^ DVD Mari Belajar Sayang ini memuatkan lagu untuk mengenal ABC,123 dan Alif Ba Ta dapat digunakan bukan hanya untuk mengenal huruf. Ia juga membantu anak belajar memegang pensel dengan betul boleh digunakan untuk memperkenalkan huruf dan belajar menulis Apabila anakanda Fateh mula ke tadika, saya kurang memberi tumpuan kepada penguasaan bacaan jawi. Terlepas pandang sebenarnya. Sehingga dalam pertengahan usia 6 tahun, baru saya teringat yang saya sudah lama tidak mengajarnya membaca jawi. Jadi saya sendiri tidak pasti dengan tahap penguasaannya.
Siri Bijak Tadika - Jawi 6 Tahun. Siri Buku Bijak Tadika ini disusun mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Buku Teks & Buku Belajar. Betul ke mudah belajar jawi ni? Siri Buku Ibu Ajarku Jawi banyak digunakan di tadika dan ibubapa yang mengajar anak membaca jawi di rumah.
Tapi apa yang saya perasan dia tidak pernah membaca tulisan-tulisan jawi yang ada di dalam Majalah Aulad kegemarannya. Bila sampai bahagian membaca jawi, dia akan skip ke bahagian lain.
Sebagai ibu saya agak bimbang jika anak tidak minat mahupun tidak dapat menguasai bacaan jawi. Jadi saya pun mula mencari bahan yang sesuai untuk mengajarnya. Kebetulan pembekal produk pendidikan saya turut membekalkan buku jawi yang mendapat permintaan yang tinggi di tadika. Jadi saya pun buat keputusan untuk guna Siri Buku Ibu Ajarku Jawi.
Malangnya buku itu habis semasa cuti akhir tahun sebelum anakanda Fateh ke darjah 1. Memang sangat terkilan kerana saya tidak menjumpai buku yang menarik seperti itu. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi banyak digunakan di tadika dan ibubapa yang mengajar anak membaca jawi di rumah Alhamdulillah dalam bulan disember lepas, pembekal buku ini maklumkan ia dibuka semula untuk jualan preorder. Saya pun ambil kesempatan untuk promosikan buku ini kepada ibubapa yang berminat.
Ramai rupanya ibubapa yang sedang mencari buku ini. Tak kurang juga ibubapa yang berkongsi pengalaman buku ini sangat berkesan membantu anak-anak mereka menguasai bacaan jawi dengan tepat. Alhamdulillah bila ini sudah di tangan, saya sangat bersyukur kerana anakanda Fateh sangat berminat dengan kandungan buku ini. Tulisan yang besar dan berwarna warni, lukisan yang menarik menjadikan anak kecil tidak jemu menatap buku ini. Ini membantu kita mengajar anak-anak membaca dengan lebih lama dan efektif.
Ilustrasi yang dekat dengan kehidupan anak-anak menjadikan mereka seronok membelek buku ini Dengan sekali hadap, anakanda Fateh boleh habiskan membaca keseluruhan buku 1. Katanya buku lain sambung hari lain pula. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat mendengar anak membaca jawi sendiri. Dia dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dengan baik. Jadi tugas saya sebagai ibu adalah menyediakan bahan-bahan sokongan di rumah sebagai usaha memantapkan penguasaan bacaan jawinya.